7 April 2021 | Rabu
Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tn. Hj. Alang Mad Daud bin Dawan telah membuat lawatan ke Pejabat Pertanian Daerah Kulai. Beliau telah disambut oleh En. Asman bin Aman, Pegawai Pertanian daerah Kulai bersama kakitangannya.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas maklumat asas Pejabat Pertanian Daerah Kulai oleh Pegawai Pertanian Daerah Kulai disusuli ucapan ringkas oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor
Selepas itu, beliau juga telah melawat ke projek Industri Asas Tani di Ramun Delight dan Roti Kok Alfayat








