Majlis Penyampaian Sijil Asas Pertanian

Majlis Penyampaian Sijil Asas Pertanian

Majlis Penyampaian Sijil Asas Pertanian

29 Mac 2021 | Isnin

Satu majlis berlangsung telah di daerah Kluang pada hari ini dengan Kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Dewan Utama Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kem Padang Hijau, Kluang Johor.

Majlis Penyampaian Sijil Asas Pertanian ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Alang Mad Daud bin Dawan, Pengarah Pertanian Negeri Johor. Turut bersama-sama didalam majlis tersebut ialah Tn. Hj. Abd Wahab bin Kassim, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Johor dan Pn. Azlina bt Md. Dom, Pegawai Pertanian Daerah Kluang.

Seramai 22 orang kakitangan penjara dan Penghuni PRP Kem Mahkota telah terlibat didalam program kerjasama staregik Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Penjara Malaysia. Mereka yang terlibat telah diberi pendedahan asas pertanian secara teori dan amali diladang bagi memastikan pengetahuan yang diberi dapat dilaksanakan di peringkat lapangan dengan berkesan.

Penanaman secara konvesional bagi tanaman cili, petia dan timun telah berjaya memberikan pulangan hasil yang mampu menjana pendapatan tambahan. Perlaksanaan Projek Fertigasi tanaman cili dan terung pula akan dilaksanakan pada tahun 2021 ini.

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia khususnya warga kerja dan penghuni PRP Kem Mahkota Kluang di atas kerjasa yang diberikan disepanjang kursus di adakan. Semuga ilmu yang diperolehi akan dapat digunakan didalam melaksanakan projek pertanian kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares