


AHAD 23 Ogos 2020,
Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Azreen bin Basir telah menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, YB Datuk Samsolbari Jamali dalam program lawatan ke Daerah Segamat bagi meninjau Pembangunan Daerah Segamat Sebagai Hub Pertanian.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat), Pegawai Daerah Segamat, Pengarah Perikanan Negeri Johor, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, YB Datuk Zahari ADUN Buloh Kasap dan Ketua ketua Jabatan yang Terlibat.
Selain dari sesi taklimat beberapa lokasi lawatan juga telah dikunjungi termasuklah Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di Jementah, Pusat Agrovet di Jalan Genuang, Gerai Jualan buah buahan bermusim, Agromix farm dan BZ farm.



