15 Februari 2021 | Isnin

Yang Berhormat Datuk Hj Samsolbari bin Hj Jamali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor telah berbesar hati meluangkan masa bersama-sama pegawai-pegawai pertanian dari Jabatan Pertanian Negeri Johor

Perjumpaan tersebut telah diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) bersama Encik Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) serta Pegawai Pertanian Daerah di Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor.

YB EXCO bersama pihak pengurusan jabatan bersama mengupas dan membincangkan masalah dan isu semasa bagi sektor pertanian di setiap daerah. YB EXCO juga mengambil kesempatan meluangkan masa melawat ruang kerja pejabat bagi memantau dan memastikan fungsi jabatan berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *