Penyerahan Sumbangan Bantuan Bencana Banjir Tahun 2021

Penyerahan Sumbangan Bantuan Bencana Banjir Tahun 2021

Penyerahan Sumbangan Bantuan Bencana Banjir Tahun 2021

4 Feb 2021 | Khamis

Penyerahan Sumbangan Bantuan Bencana Banjir Tahun 2021 Untuk Pesara Sumbangan Bantuan Bencana Banjir Tahun 2021 ini adalah inisiatif Kumpulan Pesara-Pesara Jabatan Pertanian Peringkat Persekutuan dalam bentuk wang tunai. Sumbangan ini bertujuan membantu pesara atau bekas kakitangan Jabatan Pertanian yang terlibat dengan bencana banjir pada awal tahun 2021.

Sumbangan disampaikan oleh En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Negeri Johor diiringi En Rosdin Bin Kimin, Wakil PERPETA Cawangan Negeri Johor dan Pn Siti Mariam Bt Abd Karim, Wakil Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi serta En Azizul Hafiz Bin Azizan, Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru.

Penerima sumbangan ini adalah :

1) En Razak Bin Manap yang rumah dinaiki air di Kg Lukut, Kota Tinggi

2) Tn Hj malek Bin Bulat yang rumah dinaiki air di Taman Kota Mas, Kota Tinggi

3) Pn Maimon Bt Hashan yang rumah dinaiki air di Taman Kota Mas, Kota Tinggi

4) Tn Hj Muaharam Bin Parlie yang kebun dinaiki air di Kg Maju jaya, Kempas Johor Bahru.

Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung. Walaupun telah bersara namun mereka sentiasa diingati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares