PENYERAHAN SUMBANGAN BANJIR KEPADA PERPETA PUSAT

PENYERAHAN SUMBANGAN BANJIR KEPADA PERPETA PUSAT

PENYERAHAN SUMBANGAN BANJIR KEPADA PERPETA PUSAT

3 Feb 2021 | RABU

PERPETA Johor telah membuat kutipan sumbangan daripada Warga Jabatan Pertanian Negeri Johor yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan bagi menyokong program kebajikan PERPETA Pusat dalam menyalurkan bantuan kepada Warga Jabatan Pertanian yang terkesan dengan ujian banjir baru- baru ini.

Sumbangan yang terkumpul diserahkan oleh Pn Farhana Hafizah Bt Hamdan Mustafa, Bendahari PERPETA Cawangan Negeri Johor kepada En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) Jabatan Pertanian Negeri Johor seterusnya kepada Pn Zaiti Akmal Bt Dahlan, wakil PERPETA Pusat.

Semoga dengan sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban warga kerja Jabatan Pertanian yang terlibat dengan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares