31 Jan 2021 | Ahad

Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Johor yang diketuai oleh En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Sesi Perbincangan turut diadakan bersama Tn Abdul Samat Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkastaman), bagi meningkatkan kerjasama terutama berkaitan perkara yg melibatkan pintu masuk negara di negeri Johor.

Turut bersama dalam kunjungan hormat ini ialah En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh ( Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pn Zaiti Akmal Bt Dahlan ( Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor) dan Pn Nur Afifah Bt A. Rahman (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita