23 Disember 2020 | Rabu
Jabatan Pertanian Negeri Johor yang di ketuai oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian – Pengembangan) bersama-sama Encik Mohd Suffian Aizuddin bin Mohd Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian – Operasi) dan Encik Asman bin Aman ( Pegawai Pertanian Daerah Kulai) serta warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah mengiringi satu lawatan kerja ke Fasiliti Pusat Pengumpulan Dan Pengedaran Chin Sam Chiap Group di Kulai.
Lawatan yang ini disertai oleh beberapa pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia antaranya, Encik Mohd Zahrain bin Mohd Nor (Ketua Pengurus Projek Unit LAKSANA Kementerian Kewangan Malaysia), Encik Huzairi bin Zainal Abidin (Ketua Pengurus Projek, Unit LAKSANA Kementerian Kewangan Malaysia), Encik Nik Khairul Adli bin Nik Rasdee (Pengurus Projek, Unit LAKSANA Kementerian Kewangan Malaysia) bersama-sama Puan Faezah binti Ayub (Pegawai Khas Menteri Besar Johor) dan Puan Nor Amirah bintii Nor Azlan (Penolong Setiausaha, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor).
![]()





