AYER HITAM, 12 Novemberย – Seramai 90 orang terdiri daripada Agen Pengembangan dan Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengikuti sesi taklimat iaitu kawalan penyakit reput buah nangka, taklimat pengukuhan integriti dan taklimat pencerahan GST dalam sektor pertanian. Taklimat kawalan penyakit reput buah nangka telah disampaikan oleh Datin Jatil Aliah binti Timin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kuala Lumpur. Bagi taklimat pengukuhan integriti pula telah disampaikan oleh Encik Nazli Rashid bin Haji Sulong, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Taklimat pencerahan GST dalam sektor pertanian pula telah disampaikan oleh Encik Saufee Affendi bin Mohd, Penguasa Kastam, Jabatan Kastam Negeri Johor.
![]()

