Konvensyen KIK dan Sambutan Hari Inovasi 2013

Konvensyen KIK dan Sambutan Hari Inovasi 2013

Konvensyen KIK dan Sambutan Hari Inovasi 2013

JOHOR BAHRU, 1 Julai – Tahun ini adalah tahun kedua Jabatan Pertanian melaksanakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif di peringkat Jabatan Pertanian Negeri Johor. Konvensyen ini mendapat sambutan dan komitmen yang baik daripada semua pihak.

Peserta KIK sedang mempersembahkan idea inovasinyaProgram seumpama ini adalah amat dituntut oleh kerajaan di mana agensi dan kerajaan sentiasa digalakkan untuk menubuhkan pasukan kerja di peringkat pegawai bagi menyelesaikan masalah di tempat kerja masing-masing. Cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam penubuhan kumpulan KIK ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti organisasi seterusnya meningkatkan tahap penyampaian agar lebih cekap dan berkesan.

Demonstrasi Kumpulan BP Egg dari Batu PahatPada Konvensyen ini sebanyak 11 Kumpulan dipertandingkan dan melibatkan semua daerah di Negeri Johor dan Pusat Pertanian Ayer Hitam. Pemenangnya, Kumpulan BP Egg dengan tajuk Inovasi Alat Pembersih Telur daripada daerah Batu Pahat dianugerahkan kejayaannya pada hari ke-2 konvensyen iaitu pada majlis sambutan Hari Inovasi dan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang. Majlis ini dirasmikan sendiri oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor. Pada kali ini, orang ramai dapat menyaksikan sendiri bagaimana inovasi yang diketengahkan oleh setiap kumpulan berfungsi kerana skema pemarkahan yang baru memerlukan kumpulan mempersembahkan inovasi mereka.

Juri jemputan memberikan maklum balas kepada pesertaPada konvensyen ini, juri jemputan terdiri daripada mantan Pegawai INTAN yang sememangnya amat berpengalaman dalam penubuhan KIK iaitu En. Abu bin K. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Abu selaku Ketua Juri. Selain itu, turut dijemput Pegawai Perunding dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu Encik Mazuan bin Salih dan seorang lagi juri adalah pegawai teknikal daripada Projek Pertanian Moden iaitu En. Ngaijan bin Agale bagi melihat keberkesanan inovasi dalam pertanian.

Sempena sambutan Hari Inovasi, juga telah diadakan Pertandingan Inovasi Petani di mana ianya bukan sahaja menggalakkan petani mengetengahkan hasil-hasil inovasi mereka dalam menjalankan perniagaan dalam bidang pertanian bahkan ianya boleh dimanfaatkan oleh yang lain. Pemenang Anugerah Inovasi Petani dengan ciptaan mesin sejuk beku santanBagi Anugerah Inovasi petani, 10 pengusaha telah mempamerkan inovasi mereka dan pengusaha daripada daerah Johor Bahru iaitu En. Mohd Aidid bin Mohd Salleh dengan mesin pembekuan santan muncul sebagai penerima Anugerah Inovasi Petani tahun 2013.

En. Abdullah menerima Piala Pusingan Anugerah Daerah Pengembangan Perkhidmatan Terbaik bagi daerah LedangDalam majlis ini juga, Pejabat Pertanian Daerah Ledang telah dianugerahkan sebagai Daerah Perkhidmatan Pengembangan Terbaik dan berjaya membawa pulang piala pusingan dan hadiah berupa input pertanian bernilai RM 3,000.00. Pertandingan-pertandingan lain yang turut dipertandingkan sempena Hari inovasi ini adalah seperti Anugerah Pembimbing Kawasan Perkhidmatan Terbaik, Anugerah Kumpulan Tani Komersial Jaya, Anugerah Usahawan Siswazah Pertanian dan Industri Asas Tani, Anugerah Kumpulan Wanita Jaya, Anugerah Lanskap dan Keceriaan Pejabat, Anugerah Pusat Pemprosesan Mikrob Berfaedah Terbaik dan Anugerah Kebun Integrasi Terbaik.

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012Pada majlis yang sama juga, telah diadakan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada pegawai yang telah menunjukkan perkhidmatan yang terbaik sepanjang tahun 2012 dan seramai 28 orang pegawai telah menerima anugerah ini. Di samping itu, turut diadakan Penyampaian Sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) kepada 20 Ladang di Johor yang telah mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam pensijilan SALM.

Adalah diharapkan, pengiktirafan yang diberikan oleh jabatan ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pemangkin dan menjadi titik tolak dalam mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

One thought on “Konvensyen KIK dan Sambutan Hari Inovasi 2013”

  1. hafiz5ln says:

    Tahniah dan Syabas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares