MUAR, 12 Jun – Pejabat Pertanian Daerah Muar telah dikunjungi oleh pegawai pegawai tertinggi CUEPACS yang diketua oleh Presiden CUEPACS sendiri Dato’ Haji Omar Osman di dalam program “Sepetang Bersama CUEPACS” dengan Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Turut menyambut rombongan tersebut ialah Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Johari Bin Haji Jemain, Pegawai Pertanian Daerah Muar, Pegawai Pertanian Daerah Ledang, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat dan Pegawai Pertanian K/U Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Ayer Hitam. Dalam majlis ringkas tersebut yang juga dihadiri oleh pemimpin pemimpin kanan kesatuan perkhidmatan awam pelbagai jabatan, peserta turut dihidangkan dengan durian kebangaan Muar iaitu D168 yang juga dikenali sebagai “Durian Mas“, IOIjuga 101. DurianD168 berasal dari Kg Pt Hj Ali, Muar.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *