MERSING, 12 Oktober – Sambutan Hari Ladang dan Hari Bertemu Pelanggan diadakan di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) Mersing bagi mengeratkan hubungan antara pegawai di Jabatan Pertanian dan petani di sekitar Daerah Mersing disamping bertukar-tukar maklumat dan pandangan. Di dalam majlis ini juga turut diadakan Majlis Pelancaran Program Pertanian Bandar, penyampaian bantuan bagi Program Pertanian Rakyat, Program Galakan Usahawan dan Bantuan Ihsan Bencana Kemarau bagi Daerah Mersing.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abd. Latip bin Haji Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor dan turut dihadiri Setiausaha Majlis Daerah Mersing, semua Ketua-ketua Jabatan di dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan penduduk sekitar Mersing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *