BATU PAHAT, 3 November – Seramai 24 petani telah mengikuti dengan jayanya Kursus Kemahiran Jangka Pendek (upskilling) Petani Tanaman Betik di Hotel Katerina. Kursus anjuran Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat ini diadakan selama dua hari bermula pada 2-3 November 2015 yang lepas. Peserta-peserta terdiri daripada petani dibawah bimbingan Jabatan Pertanian, LPP serta FAMA Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Hassim bin Selan, APK dari Daerah Muar dan Encik Mohd Superi bin Sopian, APK Mukim Minyak Beku dari Daerah Batu Pahat. Kursus ini memberikan pendedahan kepada para petani dari segi Agronomi Tanaman, Kawalan Penyakit dan Perosak, Pengendalian Lepas Tuai dan lain-lain.
