PARIT RAJA, 19 November – Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah mengadakan Latihan Pegawai Kursus Pengenalan Varieti Tanaman Belimbing dan Nanas di Pejabat Pertanian Parit Raja. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Hazri bin Wagiman dan Puan Roszaini, Penolong Pegawai Pertanian Horticultur, Ayer Hitam. Kursus ini memberikan pendedahan kepada pegawai dan kakitangan untuk mengenali pelbagai varieti tanaman dan mengenali ciri-ciri tanaman tersebut. Tanaman belimbing mempunyai 3 varieti iaitu MAHA 66 (B2), B10 dan B17. Perbezaan setiap ciri-ciri varieti belimbing boleh dilihat melalui bentuk daun, pucuk, bunga, warna buah dan bentuk buah. 

Bagi tanaman nanas terdapat 7 varieti tanaman nanas iaitu Nanas Moris, Nanas Josapine, Nanas MD2, Nanas Gandul, Nanas N36, Nanas Sarawak dan Nanas Maspine. Setiap sulur dan buah nanas mempunyai bentuk dan ciri-ciri daun yang berbeza. Tanaman nanas sesuai ditanam ditanah gambut dan liat. Nanas MD2 lebih manis jika ditanaman di tanah gambut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *