PARIT SULONG, 24 November – Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah mengadakan Latihan Petani Kursus Penyediaan Benih / Sulur Pisang di Balai Raya Kg Parit Othman, Parit Sulong. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Saparudin bin Daud, APK Mukim Simpang Kiri 1 & 2. Kursus ini memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan bagi petani-petani mengenai cara-cara memilih benih / sulur pisang yang sesuai untuk ditanam, cara kawalan penyakit dan perosak tanaman juga turut diberikan. Seramai 24 petani menghadiri kursus tersebut.
