ISKANDAR PUTERI, 10 Disemberย – Menanam sayur-sayuran atau ulam-ulaman terkadang tergendala akibat kekangan masa dan tempat, ini menjadikan kaedah nutri pot sangat sesuai untuk membantu penduduk bandar yang berminat dengan pertanian meneruskan hobinya. Dengan bertujuan mengurangkan perbelanjaan dapur dan boleh bertukar sayur-sayuran sesama jiran, program ini telah dapat diterima dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk bandar masa kini. Untuk menggalakkan lagi penyertaan dalam program ini, Jabatan Pejabat Pertanian Nusajaya telah mengedarkan set nutri pot kepada seramai 44 kakitangan dan memberi kursus kaedah penyediaan penanaman secara nutri pot. Menurut Encik Asman Aman, selaku pegawai penyelia program ini berkata “Kakitangan yang menerima set nutri pot ini, boleh menjadi contoh dan mengalakkan jiran disekeliling taman perumahan mereka sama-sama menyertai program pertanian bandar ini”. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Kamil Mohd Yunus, Pengarah Pertanian Negeri Johor.
![]()
