PEMANTAUAN PASUKAN DARIPADA CAWANGAN TEKNIKAL BAGI MENGENALPASTI PUNCA PENYAKIT TANAMAN POKOK PISANG PADA 12.01.2016

Encik Harizuddin bin Salleh merupakan salah seorang petani di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Semasa Agen Pengembangan Kawasan membuat tugasan pengembangan ke kebun beliau di Lot 3309, 3310 dan 3311. Ketiga-tiga lot ini seluas 1.4 hektar bertempat di Mukim Serkat, hasil daripada pemantauan didapati tanaman pokok Pisang Tanduk beliau yang berumur 4 bulan mengalami masalah.

Kesan ketara masalah yang timbul pada tanaman Pokok Pisang Tanduk beliau adalah pada hujung atau bahagian pucuk muda. Daun tidak membesar dengn baik dan bergulung. Terdapat 2 jenis anak pokok yang ditanam di lot tersebut iaitu dari jenis tisu didik dan sulur. Masalah ini perlu dipandang serius dan perlu ditangani dengan kadar segera.

Oleh yang demikian, Pejabat Pertanian Daerah Pontian memanjangkan permasalahan ini kepada unit-unit di cawangan teknikal bagi turut hadir ke lokasi dan bersama-sama menangani serta mencari punca masalah. Ini kerana banyak faktor yang boleh mengakibatkan kejadian seperti ini berlaku samaada masalah tanah, cuaca, serangan perosak, masalah daripada sebelum bertanam dan banyak lagi.

Pada 12 Januari 2016, tiga cawangan teknikal telah turut hadir bersama ke lokasi iaitu, Encik Azhar, Penolong Pegawai Pertanian daripada Biosekuriti, Encik A. Razak, Penolong Pegawai Pertanian daripada Sain Tanah dan Puan Zaharah daripada Hortikultur.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *