KOTA ISKANDAR, 7 Mei – Majlis Rasmi Pelancaran Kempen Pengawalan, Pembendungan dan Penghapusan Kumbang Merah Palma Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 7 Mei 2016 di Kg. Baru, Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Tujuan majlis ini ialah mewar-warkan tentang bahayanya serangan Kumbang Jalur Merah “Red Palm Weevil” (RPW) serta pencegahan daripada menyerang tumbuhan palma terutama daripada keluarga Arecaceae. Kumbang RPW ini mampu merosakkan tanaman seperti pokok kurma (Phoenix spp) dan pokok kelapa (Cocos nucifera) di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Ia juga menyerang tanaman palma lain seperti Bismarkia Palm serta berpotensi untuk menyerang tanaman kelapa sawit. Beberapa siri penerangan dan kempen telah diadakan diseluruh negara bagi tujuan ini kerana jika RPW menyerang pokok kelapa sawit maka ekonomi negara akan terjejas. Kemasukkan pokok kurma hiasan didakwa menjadi punca utama merebaknya RPW di dalam negara. Orang ramai diminta melapurkan kepada Jabatan Pertanian berhampiran sekiranya terdapat serangan RPW pada tanaman kelapa di kebun masing-masing.

![]()
