LABIS, 8 Mei – Mini Agro Johor kali ini giliran daerah Segamat selaku tuan rumah diadakan di Dataran Labis. Masyarakat Labis berduyun-duyun mengunjungi program ini yang diisi dengan pameran jabatan dan agensi kerajaan, promosi dan jualan produk usahawan, persembahan artis jemputan, Forum Perdana Ehwal Islam, pertandingan karaoke, cabutan bertuah, demo masakan, auto show dan mini zoo serta banyak lagi aktiviti menanti penunjung.
Majlis perasmian di sempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat. Dalam ucapan perasmian memaklumkan dengan kehendak kerajaan negeri untuk menjadikan daerah Segamat sebagai hub pertanian usaha menganjurkan Mini Agro Johor pada kali ini akan membuka minda masyarakat setempat menilai bidang pertanian dengan lebih positif, kerana bidang ini terlalu luas dan tidak terhad kepada aktiviti tanaman mahupun ternakan semata-semata malahan melibatkan pelbagai bidang perniagaan yang lain seperti pelancongan tani dan industri hiliran.
Pada masa yang sama beliau juga menggesa masyarakat setempat merebut peluang untuk mengusahakan projek pertanian kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai peruntuan untuk membantu mereka menjadi usahawan tani yang berjaya. ADUN Tenang YB Mohd Azahar Ibrahim turut sama menyampaikan bantuan di bawah Program Galakan Usahawan kepada 10 orang usahawan melibatkan peruntukan RM44,760 dan 100 orang petani menerima 400 pokok anak benih durian kunyit. Turut hadir Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Young.
“Segamat sebagai hub pertanian dan agro pelancongan”
![]()
