BATU PAHAT, 11 MeiΒ – Seramai 25 Agen Pengembangan Kawasan (APK) Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengikuti dengan jayanya Kursus Perladangan Organik Bio Nutrien dan Plant Booster bagi tanaman sayuran dan buah-buahan. Kursus telah dijalankan di Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat.Β Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Fateh dan Puan Zaharah dari IPRS Pontian.Β Di antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat baja nutrient dan plant booster ialah sayur kangkung, belacan, labu, pisang, susu segar, ragi, betik, gula merah dan air. Bahan-bahan tersebut perlu dicincang kecil-kecil dan dimasukkan kedalam tong berisi air.





