MUAR, 16 Mei – Suasana di Pusat Reakreasi Kolam Air Panas Sg. Gersik Muar, dekat sini yang biasanya tenang dengan penduduk melakukan tugasan harian bertukar ‘kecoh’ pagi ini. Ini kerana mereka menerima tetamu yang amat dinanti-nantikan, iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengetuai rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 pada hari ketiga konvoi edisi ke-19 itu. Baginda yang tiba kira-kira pukul 1petang dengan memandu trak Mack bersama-sama Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman disambut dengan paluan kompang.Turut hadir pada hari itu adalah Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Pada majlis tersebut anakanda baginda iaitu Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman telah berkenan untuk membuat demonstrasi Alat Mengangin Padi .Alat ini Berfungsi untuk mengasingkan habuk dan bendasing pada padi.




