KOTA TINGGI, Mei 19 – Melentur buluh biar dari rebungnya pepatah menyatakan. Pendedahan awal kepada anak-anak untuk mengenali apa itu tanaman yang dapat menghasilkan sayur-sayuran yang mereka makan setiap hari menjadikan salah satu ilmu pengetahuan yang sangat berguna pada pelajar-pelajar cilik ini. Dalam program ini mereka dapat melakukan sendiri bagaimana proses tanaman secara moden ini dilakukan. Duakaedah yang telah diberikan oleh Pn. Nur Faezah Abdul Muis, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, untuk menanam secara Hidroponik, iaitu secara sistem deep water dan sistem NFT. Keterangan diberikan kepada anak-anak ini serta kakitangan Tadika Taman Kota mas bahawa cara menanam hidroponik adalah cara menanam tanaman dengan media air, dengan menggunakan larutan baja dan juga unsure baja yang ada seperti di tanah dilarutkan dalam air. Ada juga anak-anak ini yang menunjukkan minat yang mendalam di dalam bilang pertanian, hasil pemerhatian mereka dapat melakukan beberapa proses dalam tanaman ini. Pn. Faezah telah menunjukkan cara-cara bagaimana menanam pokok cili dengan menggunakan bekas NFT.Seramai 27 orang termasuk kakitanganTadika Taman Kota Mas yang menjayakan program ini.



