ULU SG. SEDILI BESAR,  21 Mei  – Majlis Perasmian Ladang Tanaman Buah Naga dari Syarikat usaha sama yang dikenali sebagai Golden Farm Group. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ismail Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Johor. Antara jemputan kehormat yang hadir seperti Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi YB Tuan Haji Mohd Norazam Bin Dato’ Hj Osman, Pengarah Pertanian Negeri Johor En. Ahmad Kamil Bin Mohd Yunus dan Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi En. Azizul Hafiz Bin Azizan. Majlis telah diadakan di Ladang Buah Naga “Golden Farm Group”, mukim Ulu Sg. Sedili Besar. Ladang buah naga seluas 60 Ha terletak di Perani, Kota Tinggi ini mengusahakan projek pertanian berbentuk Monokultur, khas pada tanaman Hylocereus spp (Pitaya). Ladang ini beroperasi bermula Mei 2014 dengan keluasan bertanam seluas 44 Ha, Projek siap pada akhir November 2015 ini bertanamkan 2 jenis varieti Pitaya iaitu Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah). Ladang ini diseliakan oleh Syarikat Integrasi Teguh Sdn Bhd menurut salah seorang penyelianya En. Abdul Kadir Atan. Buah Pitaya ini akan dipasarkan di dalam negeri dan luar Negara antaranya ke China. Selain pengeluaran buah segar, syarikat ini juga telah menghasil produk berasaskan buah naga antaranya minuman jus kesihan. Syarikat ini diselia oleh 4 orang penyelia yang bertanggungjawab mengurus perusahaan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *