MAWAI, 22 Mei – Hampir empat bulan tanah di Mawai tidak dibasahi hujan sehingga mengakibatkan kemerosotan paras air di Empangan Sungai Lebam, tanaman musnah ketandusan sumber air sehinggakan kemerosotan pengeluaran hasil pertanian di kawasan ini. Β Inisiatif dari En. Saifulizan Mustaffar, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi untuk memanggil peserta TKPM SediliΒ yang beragama islam serta beberapa penduduk setempat melakukan solat hajat bagi meminta kepada Allah SWT menurunkan hujan. Kemusnahan besar kepada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan terjejas pada tanaman kontan seperti tanaman ubi kayu, keledek dan juga keladi, sebanyak 65% tanaman yang tidak menjadi sehingga kejatuhan pengeluaran hasil tanaman makanan di kawasan ini. Kesan El nino pada sektor pertanian amat memberi impak kepada petani-petani di mawai, malahan sektor lain juga mendapat bahala yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *