BANDAR PENAWAR, 21 Mei – Majlis Anjura KEJORA yang berlangsung selama tiga hari ini bermula 19 hingga 21 Mei 2016 bertempat di Perkarangan Dewan Bandaran, Bandar Penawar Kota Tinggi. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Kamajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor. Pelbagai acara menarik diadakan seperti pameran dan jualan produk usahawan, pameran agensi, seminar & motivasi keusahawanan dan lain-lain. Antara objektif program ini ialah memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan pameran dan jualan produk masing-masing. Selain daripada itu diharapkan mereka akan mendapat peluang perniagaan dengan pihak-pihak yang berminat dengan produk yang dipamerkan. Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi juga tidak terlepas merebut peluang ini dengan menjual anak-anak pokok buah-buahan. Sambutan yang agak menggalakan ini atas usaha sama dengan KEJORA amat baik, selain dapat mendekatkan diri dengan masyarakat juga dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama agensi yang lain menurut En. Tamyes Karim, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi Kawasan Selatan.





