MAWAI, 24 Mei – Seramai 18 orang peserta bakal usahawan telah mengikuti hand’s on pembuatan biskut berasaskan kelapa selama sehari di Makmal PKT Mawai. Menurut tenaga pengajar Cik Zubaidah Ahmad, Penolong Pegawai Pertanian IAT Mersing latihan ini memberi pendedahan membuat pelbagai biskut antaranya biskut kelapa ini. Selain itu juga dapat mempelbagaikan lagi koleksi resepi biskut pada hari raya yang bakal tiba. Biskut kelapa ini ialah kuih tradisional yang berasaskan kelapa parut, ia popular sehingga kini. Dari segi pasaran pula biskut ini antara biskut yang masih tinggi permintaannya dan tidak mustahil biskut kelapa ini boleh dipasarkan sehingga keperingkat antarabangsa ini seterusnya menggalakkan usahawan-usahawan IAT tidak melupai kuih tradisi ini. Serta memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan melibatkan diri didalam perusahaan ini.