BATU PAHAT, 30 Mei – Telah diadakan Mesyuarat Moa.Inc Daerah Batu Pahat Bil 3/2016 di Balai Raya Kg Patah Pedang, Minyak Beku dan lawatan ke Pusat Pengumpulan Kerang dan Projek Ikan Kering di Kg Sg Ayam, Minyak Beku. Dari benih kerang menjadi dewasa mengambil masa 8 bulan. Kerang dewasa bersaiz 25mm dan ke atas baru boleh dijual di pasaran. Saiz yang kurang dari 25mm tidak dibenarkan jual kerana ianya menyalahi undang-undang. Seekor kerang boleh mengeluarkan sehingga 100 ribu benih. Kerang sebanyak 4kg dan apabila dikeluarkan isinya hanya mendapat 1kg sahaja. Upah mengopek kerang sebanyak RM3.30/kg dan dalam sehari boleh mendapat sebanyak 10kg dan harga kerang yang telah dikopek boleh mencapai RM13.00/kg. Pengusaha kerang tersebut ialah Encik Abdullah bin Komeng. Manakala pengusaha ikan kering ialah Encik Suraini bin Atan yang mengusahakan ternakan kerang dan ikan kering. Pelbagai jenis ikan kering terdapat di situ iaitu ikan gelama, ikan kacang, ikan caru dan lain-lain.



