KOTA TINGGI,Β 29 MeiΒ – Seramai 40 orang pekerja di TKPM Ulu Tiram diberikan taklimat tentang bagaimana cara penyemburan racun yang betul di kawasan tanaman. Kebanyakan mereka pekerja asing dari Indonesia ini tidak arif tentang jenis, penggunaan racun yang sesuai, malahan bagaimana cara yang betul untuk meracun. Inisiatif dari Penyelia TKPM, Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi iaitu En. Saifulizan Mustaffar memberikan keterangan lanjut langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui oleh semua pekerja-pekerja di kawasan ladang tanaman khasnya. Penggunaan pakaian pelingdung yang besesuaian sangat dititik beratkan untuk mengelakkan dari mengalami keracunan semasa membancuh dan menyembur racun. Beliau mengingatkan semua pekerja di TKPM Ulu Tiram akan sentiasa berhati-hati semasa mengendali dan menggunakan racun perosak. Justeru itu pihak Jabatan Pertanian juga menjemput wakil pembekal racun kimia, dari Singhope Sdn Bhd iaitu En. Daniel Liew Sing Min. Beliau menerangkan jenis-jenis dan pengkelasan racun perosak kepada peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *