BATU PAHAT, 2 Jun – Seramai 150 usahawan dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengikuti dengan jayanya Kursus Keusahawanan Industri Asas Tani anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Kursus selama 2 hari ini telah dilaksanakan di Hotel Katerina, Batu Pahat. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ismail bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.









