KOTA TINGGI, 23 Julai – Hampir 250 pengunjung dari masyarakat kawasan Sedili Kecil dan dif-dif kehormat dari berbagai Jabatan menghadiri Majlis Hari Ladang dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kota Tinggi Tahun 2016 yang telah diadakan di Pejabat Tapak TKPM Sedili Kecil, Kg. Sedili Kecil. Program ini untuk memperkenalkan tapak projek TKPM di daerah ini, serta penyerahan sijil bantuan pada usahawan di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi Tahun 2016 antaranya ialah Program Galakan Usahawan dan Program Pembangunan Pertanian khas untuk Kawasan DUN Sedili. Sijil disampaikan oleh YB. Tuan Haji Rasman Bin Ithnin, ADUN Kawasan Sedili.
Peruntukan bantuan yang disalurkan untuk dua program ini memperuntuk sebanyak RM 214,712.00 dan seramai 12 orang peserta dari kawasan DUN Sedili yang terlibat. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Projek TKPM Sedili Kecil iaitu Encik Al Pian Abdul Satar menjadi wakil untuk meluahkan permasalah yang dihadapi oleh peserta-peserta TKPM kawasan ini, antaranya masalah pada sistem saliran dan perairan berikutan kesan El Nino yang berlaku pada baru-baru ini yang menjejaskan kebanyakan tanaman di kawasan ini. Banyak lagi masalah berkaitan infrastruktur amnya yang diluahkan bersama Yang Berhormat Tn. Hj Rasman.









