KOTA TINGGI, 25 September – Lawatan dari wakil Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang telah diadakan ke Tapak TKPM Sedili Kechil, yang sedang menjalankan projek penyelidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke -11 (RMK-11) mengenai Kajian Kesesuaian Pengeluaran Tanaman Betik dan Mangga dalam Keadaan cuaca yang berbeza. Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti kawasan penanaman betik dan mangga mengikut kesesuaian cuaca di samping memaksimumkan pengeluaran hasil. Menurut Encik Fazlisyam Md Isa, wakil Pegawai Penyelidikan MARDI, objektif perlaksanaan projek penyelidikan ini adalah untuk membina pengkalan data unjuran hasil bagi tanaman betik dan mangga melalui pendekatan permodelan seterusnya ini dapat mengenalpasti kawasan penanaman buah tersebut dengan mengikut kesesuaian cuaca seperti mana yang dikehedaki.
![]()





