KOTA TINGGI, 25 September – Pasukan dari Unit Program Khas Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dan juga wakil dari Jabatan Pertanian Negeri Johor telah membuat lawatan tinjauan untuk Projek Pertanian Bandar dan Program Galakan Usahawan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar untuk memastikan misi projek yang dibuat menepati kehendak program. Selain itu, tinjauan ini diadakan sebagai persediaan awal dalam mengadakan Program Pelancaran dan Penyerahan PGU yang bakal diadakan pada 26 September 2016 ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar, Kota Tinggi. Menurut Encik Asman Aman, selaku Pegawai Penyelia Program ini berkata penyerahan peralatan dan bahan input untuk Program Pertanian Bandar bagi 9 lagi wakil sekolah di Daerah Kota Tinggi akan dibuat pada majlis ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar, Kota Tinggi juga telah mendapat bantuan khas untuk Program Galakan Usahawan yang bernilai RM 30.000 untuk merealisasikan Projek Fertigasi di sekolah ini.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *