PONTIAN, 25 September – Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Ahmad Kamil bin Mohd Yunus telah hadir ke Program Ramah Mesra bersama semua Kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Sesi tersebut diadakan di bilik mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Pontian pada jam 8.30 pagi. Pada program ini, Pengarah Pertanian Negeri Johor dapat mengenali semua kakitangan di daerah Pontian dengan lebih dekat dan dapat mengetahui projek-projek yang diselia oleh setiap unit dan mendengar permasalahan yang dihadapi terutama sekali dalam bidang tugas. 

Selepas itu, pada jam 11 pagi, program diteruskan dengan meninjau Muzium Nanas Malaysia yang terletak di Batu 32, Jalan Johor untuk melihat sendiri jika ada permasalahan dan membuat cadangan penambahbaikan muzium tersebut. Perkara ini penting kerana Muzium Nanas kurang mendapat dana bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan promosi. Walaubagaimanapun, Muzium Nanas telah mendapat sambutan ramai semenjak liputan daripada Majalah3 pada tahun 2015 dan dana amat diperlukan bagi memastikan imej dan kemudahan Muzium Nanas terpelihara. Pada jam 12.00 tengahari, Encik Ahmad Kamil bin Mohd Yunus telah dibawa ke pejabat dan ladang yang diselia oleh IPRS. Banyak penerangan yang diberikan berkaitan permasalahan dan pengurusan yang perlu ditambah di ladang tersebut.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *