KOTA TINGGI, 28 September – Seramai 26 petani dan 10 orang pegawai pengiring dari Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Negeri Perak telah mengadakan lawatan petani ke Selatan Malaysia. Lawatan selama 3 hari ini  bermula pada 27 hingga 29 September 2016. Antara aktiviti sepanjang berada di daerah ini seperti melawat ke Ladang Tanaman TKPM Ulu Tiram. Puan Nor Faezah Abdul Muis telah mengiringi rombongan tersebut dengan melihat keadaan persekitaran di TKPM Ulu Tiram.

Selepas puas melihat pemandangan hijau di ladang tanaman sayur-sayuran lawatan beransur pula ke Ladang Tanaman Akuatik di Syarikat Nandao Aquarium Sdn Bhd yang diiringi oleh Tuan Haji Ali wakil dari Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor yang telah mengiringi lawatan selama 3 hari ini. Terima kasih tidak terhingga dari Puan Mardyawati Abdul Rahim selaku ketua lawatan kepada semua wakil pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Johor kerana sudi mengatur dan mengiringi Lawatan Petani dibawah naunagan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *