JOHOR BAHRU, 15 JanuariĀ – Seramai 16 bakal usahawan telah mengikuti dengan jayanya kursus Pembuatan Kuih ‘Hokkaido Cheese Tart’ anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru. Kursus telah diadakan di Makmal PKT Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan telah dikendalikan oleh Puan Zaimah binti Daud yang merupakan seorang usahawan IAT yang berjaya. Menurut Puan Rubiah binti Ahmad, Penolong Pegawai Pertanian, melalui kursus ini peserta dapat mempelajari teknik pembuatan yang betul dan dapat belajar secara terus dengan pengajar. Menurutnya lagi, pihak Jabatan Pertanian akan mengadakan kursus yang boleh mendatangkan keuntungan kepada bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Pihak Jabatan Pertanian juga akan menganjurkan kursus mengikut kehandak pasaran serta yang medapat ‘trending’ yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *