53 penuntut baru Pusat Pertanian Ayer Hitam

53 penuntut baru Pusat Pertanian Ayer Hitam

53 penuntut baru Pusat Pertanian Ayer Hitam

AYER HITAM, 6 Februari РTelah diadakan Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Penuntut Pusat Pertanian Ayer Hitam bagi sesi 2017 yang telah disempurnakan oleh Encik Samat bin Md Yusof, Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam. Seramai 53 penuntut baru bagi sesi ini telah berjaya mengikuti minggu suai kenal ini bagi memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai keadaan dan juga persekitaran yang terdapat di PPAH. Selain itu, program ini juga diadakan bagi merapatkan lagi perhubungan diantara penuntut yang datang dari tempat yang berbeza serta dapat mengenali dengan lebih dekat pegawai di PPAH. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengisi slot minggu suai kenal seperti kerja berkumpulan, jati diri dan sebagainya. Diharapkan semua penuntut terdiri daripada belia dan beliawani negeri Johor dapat menamatkan sesi pembelajaran bagi tahun 2017 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares