KOTA ISKANDAR, 12 Mac – Seramai 14 pegawai telah mengikuti Bengkel Storage Server NAS di Ibu Pejabat Pertanian, Kota Iskandar. Menurut Encik Hafizal Zainal, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat selaku urusetia bengkel, “Bengkel Storage server NAS ini bertujuan menjelaskan sejenis pelayan yang digunakan untuk menyimpan, mengakses, melindungi dan menguruskan data digital, file dan perkhidmatan. Bengkel ini juga bertujuan mempercepatkan penyaluran maklumat mengunakan beberapa akses antaranya melalui Disk Station Manager (Synologi DSM 5.2), Windows Explorer, di luar rangkaian JohorNet (Qick Connect) dan melalui telefon pintar (Android & iOS), untuk paparan buletin tani dan laman sesawang Jabatan Pertanian”. Dengan adanya bengkel ini dapat menyelesaikan beberapa masaalah berkaitan penyaluran maklumat terkini.
![]()


