KOTA TINGGI, 7 Mac – Baru-baru ini pada 6 dan 7 Mac 2017, Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Jabatan Pertanian Putrajaya, Puan Siti Saudah binti Hassim telah mengadakan lawatan kerja ke projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Daerah Kota Tinggi. Beliau amat tertarik dan begitu kagum sekali dengan perkembangan pertanian yang terdapat pada daerah ini. Antara objektif lawatan ini dilaksanakan adalah bagi memastikan kesinambungan pengeluaran hasil tanaman dan amalan ladang sentiasa mematuhi syarat dan prosedur MyGAP.

Lawatan bermula dengan melawat projek TKPM di Ulu Tiram, penyelia projek kawasan tersebut Puan Nor Faezah binti Abdul Muis menerangkan serba sedikit pengembangan yang sedang berlaku. Kemudiannya lawatan diteruskan lagi ke projek TKPM Sg. Lebak. Pada lawatan kali ini, Pengarah melihat sendiri dengan lebih dekat masalah dan berkongsi pendapat bersama-sama para petani. Hari kedua lawatan diteruskan lagi dengan membuat lawatan ke TKPM Sedili Kecil dan TKPM Lepau. Oleh kerana minat dengan projek dikunjunginya, Puan Saudah menghabiskan masa sehingga lewat petang.  Lawatan diakhiri dengan berkunjung ke Pusat Sehenti Encik Noralam di Felda Semenchu, beliau merupakan seorang usahawan yang sudah boleh dikatakan ikon belia Daerah Kota Tinggi.

Dalam akhir lawatan Pengarah Bahagian Kualiti Tanaman Jabatan pertanian Putrajaya, beliau menekankan pengeluaran hasil tanaman dan amalan ladang yang baik haruslah sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan. Beliau juga berharap agar sistem pengembangan yang sedang diperkukuhkan oleh Jabatan Pertanian menitikberatkan latihan kepakaran kepada warga kerja di Jabatan kerana sebagai agen pengembangan, pengetahuan dibidang teknologi tanaman berkaitan peningkatan produktiviti perlu diketahui kerana ia memberikan impak yang terus kepada pengeluaran, kualiti dan pendapatan petani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *