JOHOR BAHRU, 19 Mac – Program ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) bersama Penghuni Rumah Seri Kenangan Johor Bahru anjuran KWSP. Program ini telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Asiah Binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor. Pihak Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menyumbangkan set nutripot kepada penghuni rumah seri kenangan sebagai tambahan yang sedia ada. Hasil tanaman seperti serai dan cili dijual kepada peserta pasar tani dan pasaran setempat. Rumah Seri Kenangan merupakan projek anak angkat kepada Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan merupakan contoh untuk projek Pertanian Bandar. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *