KOTA TINGGI, 30 Mac β Bertempat di Dewan Terbuka Taman Sri Lalang, Kota Tinggi telah berlangsungnya Program Pertanian Rakyat dan Penyampaian Sijil Bantuan Program Galakan Usahawan anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 petang itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datoβ Dr Adham Baba selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Raja.
Seramai 98 orang hadir bagi menerima agihan benih durian ‘musang king’ dan kelapa pandan. Majlis yang disambut baik itu mendapat sambutan yang memberasangkan daripada masyarakat sekeliling. Di dalam ucapan YB Datoβ, beliau berharap dengan pengagihan benih ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada para petani setempat untuk melaksanakan dan menjayakan program-program yang dirancang untuk kebaikan rakyat dan menambahkan pendapatan mereka. Didalam program ini juga, Yang Berhormat juga turut sempat menyampaikan sijil bantuan Program Galakan Usahawan kepada 6 orang penerima yang layak mendapat bantuan berupa mesin dan peralatan kepada penerima yang layak.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa, kerana melalui program yang dianjurkan seperti ini dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan wakilΒ rakyat. Selain itu juga ia dapat mendorong dan menggalakkan usahawan tani bagi meningkatkan pengeluaran tanaman makanan selain dapat menambah pendapatan dan memanfaatkan tanah disekeliling rumah.








