PONTIAN. 23 April – Unit Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah menganjurkan Kursus Agronomi Tanaman Durian kepada petani-petani di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. Seramai 50 orang peserta menyertai kursus ini. Penceramah kursus diundang khas daripada Bahagian Hortikultur Negeri Johor iaitu Encik Hazri bin Wagiman, Penolong Pegawai Pertanian Hortikultur Ayer Hitam. Dalam kursus ini peserta telah didedahkan dengan teknik dan cara penjagaan tanaman durian. Peserta juga berpeluang mengetahui teknik pembajaan yang sesuai bagi mendapatkan hasil yang memuaskan serta berkualiti.



