BATU PAHAT, 28 Mac – Program Dekad Baharu Johor : Menerokai Sumber Kekayaan Baharu Industri Kelapa & Nanas telah diadakan di Dewan Pertubuhan Peladan Rengit. Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Samsol Bari bin Jamali, ADUN Semarang merangkap Pengerusi Lembaga Nanas Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YB Hj Ayub bin Jamil, ADUN Rengit, Ketua Pengarah LPNM YBhg. Datuk Hj Mohd Anim bin Hosnan, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor, Encik Azreen bin Basir, Ahli Lembaga Pengarah Kulim Pineapple Plantation, Encik Kamaruzaman bin Othman, Pengarah LPNM Johor Encik Fitri, Ketua Penolong Pengarah PTIF Jabatan Pertanian Malaysia Encik Christopher John Biai.






