PAGOH, 15 Julai – Telah di adakan lawatan kerja YB Tn Hj Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Pusat Pertanian Jorak, Pagoh yang merupakan salah satu Pusat Pengeluaran benih kelapa di Semenanjung Malaysia. Hadir sama YB Dr Sahruddin bin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor dan YBhg. Dato’ Jamal Harizan bin Yang Razali, Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia.
Dalam lawatan ini, YBM telah dikenalkan dengan Teknik ‘Puffer Pump’ yang merupakan salah satu inovasi bagi memudahkan pendebungaan kelapa dilakukan di ladang. Teknik ini telah dicuba sendiri oleh YBM semasa lawatan. Taklimat mengenai proses penyediaan debunga Induk jantan kelapa telah disampaikan oleh Puan Redha, Ketua Stesen, Pusat Pertanian Jorak, Pagoh. Selain itu, YBM juga telah ditunjukkan dengan penggunaan inovasi iaitu Alat Pemanjat Pokok Kelapa oleh Bahagian Kejuruteraan Pertanian.
Foto: Jabatan Pertanian Malaysia





