KOTA TINGGIΒ – Program penyelenggaraan Sistem Pengairan Graviti bertempat di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Lebak Daerah Kota Tinggi. Turut serta dalam program ini adalah Pegawai Pertanian Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang,Tangkak, Muar dan Segamat. Dari Bahagian Teknikal terdiri dari Unit Kejuruteraan Air Hitam, Unit Pembangunan Industri Tanaman, Unit Biosekuriti Tumbuhan, Unit Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah dan semua kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Perjalanan menaiki bukit mengambil masa satu jam lebih dengan jarak 1.6km dengan menaiki bukit yang tinggi.














