KOTA TINGGI, 18 Februari – Telah diadakan satu lawatan pemantauan oleh Wakil Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Regulatori), Dr Mohd Desa bin Haji Hashim daripada Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia ke projek pertanian di daerah Kota Tinggi dan Batu Pahat. Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Encik Azreen bin Basir, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Negeri Johor.

Lawatan dimulakan dengan projek pertanian di daerah Kota Tinggi seawal jam 8.00 pagi ke Projek Durian Belanda, Kg Semangar Luar, Pusat Pertanian Sungai Telor dan berakhir di Nur Alam Agro Plantation, Pusat Sehenti Fertigasi Felda Semenchu.

Seterusnya, pasukan lawatan telah ke Projek Pertanian Moden yang diselia oleh Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat. Antara projek pertanian yang dilawat ialah Projek Tanaman Nangka oleh Kawan Pertanian Sdn Bhd, Projek Tanaman Sayuran oleh Nalian Enterprise Sdn Bhd dan Projek Hortikultur oleh My Orchids Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *