KLUANG, 19 Februari – Telah diadakan pemantauan ke projek-projek pembangunan pertanian bagi tahun 2018 di daerah Kluang oleh Seksyen Penilaian Jabatan Pertanian Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Pertanian, Encik Ahmad Fikri bin Mohd Samsudin. Objektif pemantauan ini adalah untuk melihat keberkesanan insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada projek-projek terpilih ini. Peserta yang dipilih adalah mengikut kelayakan yang telah diputuskan dalam mesyuarat daerah dan di peringkat negeri. Antar projek yang dilawati ialah tanaman durian, durian belanda, sayuran, pisang dan jagung.
Pemantauan pertama telah diadakan di Kg Paloh yang diusahakan oleh Encik Ong Chee Kiong dengan tanaman durian dan kelapa. Lokasi kedua pula di Kg Seri lalang yang diusahakan oleh Encik Ong Kok Keng dengan tanaman Durian Belanda dan Encik Ng Kee Sang dengan tanaman sayuran daun seperti bayam dan sawi. Lokasi seterusnya pula ke Kg Pinggir, Simpang Renggam yang diusahakan oleh Encik Abdul Majid bin Malik yang mengusahakan tanaman pisang, limau nipis dan kelapa. Seterusnya, kumpulan pemantauan telah ke Kg Parit Haji Hashim bagi melihat kilang pengumpulan jagung yang diusahakan oleh Encik Tan Hau Dun.
Lokasi seterusnya ialah ke Kg Parit Basri yang diusahakan oleh Encik Mohd Norhafiz bin Mohd Nordin dengan tanaman fertigasi cili. Lokasi terakhir ialah ke Kg Parit Ghani yang diusahakan oleh Encik Lim Ser Kwee dengan tanaman jagung.
Turut hadir sama ialah Pegawai Pertanian Daerah Kluang, Encik Muhammad Faizal Saidi dan Penolong Pegawai Pertanian, Encik Hamka serta Agen Pengembangan Tanaman (APT) Encik Mohd Adip Bin Kosnan (Paloh/Niyor), Encik Norazam Bin Zenal (Kluang 1), Puan Khatijah binti Yacob (Ulu Benut/Layang-layang) dan Encik Razali bin Marsom@ Atan (Machap).











































