Usahawan tanaman perlu hasil yang selamat dimakan

Usahawan tanaman perlu hasil yang selamat dimakan

Usahawan tanaman perlu hasil yang selamat dimakan

KOTA TINGGI, 6 Mac – Bertempat di Pusat Sehenti Fertigasi, Kg Felda Semenchu telah diadakan Kursus Pengenalan ke arah Pensijilan MyGAP, MyOrganic dan Amalan Pertanian Baik kepada syarikat dan usahawan tempatan bagi memastikan hasil tanaman yang dikeluarkan berkualiti dan selamat untuk dimakan. Dalam kursus yang sama juga turut diadakan Kursus Penyediaan Rekod Ladang anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi.

Seramai 48 peserta telah diberikan taklimat yang disampaikan oleh Encik Fadzil bin Aziz bersama Encik Mohd Zaki, Agen Pengembangan Tanaman, Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Dengan adanya kursus pada kali ini, pihak Jabatan Pertanian berharap para petani akan terus komited untuk mendapatkan pensijilan bagi memastikan pengurusan ladang dan juga mutu hasil tanaman lebih efisien dan selamat untuk dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares