PONTIAN, 27 Mac – Teknologi fertigasi gantung adalah satu inovasi dalam pertanian yang mampu mengoptimumkan penggunaan tanah disamping dapat mengurangkan risiko serangan penyakit seperti ‘soil borne’ kerana melalui fertigasi gantung ini kedudukan polibeg tidak berada di atas tanah. Selain itu, antara kelebihan teknologi ini yang menjadi sebab petani memilih kaedah ini adalah bagi mengelakkan tanaman rosak ketika musim banjir di kawasan tanah rendah.

Menurut Encik Mohd Shah bin Samingon yang mengusahakan Projek Tanaman Sayuran menggunakan kaedah fertigasi gantung di Kg Ayer Putih, Pekan Nenas berkata, kelebihan mengamalkan teknik ini adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, serangga perosak disamping memudahkan kerja-kerja memungut hasil.

“Antara tanaman yang menggunakan kaedah ini ialah peria katak bangla dan timun,” katanya yang ditemui ketika lawatan Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Hishamuddin bin Ahmad dan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Jabatan Bil. 1/2019 ke ladang beliau selepas tamat mesyuarat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *