SEGAMAT, 14 Mei – Bagi memupuk minat bertani dikalangan murid dan guru Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Arshad yang dahulunya dikenali sebagai SMK Batu Anam, Pejabat Pertanian Daerah Segamat bersama Agen Pengembangan Tanaman Segamat Utara telah mengadakan kursus ‘hands-on’ pemasangan set mini fertigasi di kawasan sekolah. Kursus singkat ini telah mendedahkan kepada murid dan guru sekolah dengan kaedah tanaman secara fertigasi. Ia dimulakan dengan menyediakan larutan baja AB, penyediaan media tanaman dan seterusnya mengalihkan anak pokok ke dalam bekas tanaman. Melalui aktiviti ini juga, bukan setakat hasil tanaman yang bakal dituai, hubungan antara murid dan guru juga akan bertambah erat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *