BATU PAHAT, 16 Mei – Satu lawatan pemeriksaan tapak pertanian yang diusahakan oleh Encik Jaafar bin Jantan di Kg Lapis Haji Talib telah dilaksanakan bagi proses permohonan pensijilan ‘Malaysian Good Agriculture Practice’ (MyGAP). Encik Jaafar merupakan usahawan tani yang melaksanakan tanaman Markisa. Lawatan ini telah dibuat oleh Pegawai Teknikal daripada Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Ayer Hitam. Pemeriksaan ini dijalankan bagi memastikan kawasan yang diusahakan adalah selamat, tidak berdekatan dengan sebarang punca yang boleh menyebabkan hasil tanaman tercemar, tidak menyumbangkan kepada hakisan tanah terutama di kawasan bercerun dan mempunyai sumber air yang tidak tercemar untuk aktiviti pertanian.

Melalui pensijilan MyGAP ini, pengusaha yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan akan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *